LOGO SEKOLAH
VISI
SMK Datuk Haji Abdul Kadir menjadi sekolah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2015
MISI
Bersungguh-sungguh :
a. Menggembleng segala usaha semua pihak ke arah kecemerlangan akademik
b. Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan terbaik
c. Menggalakkan penglibatan yang aktif dalam bidang kokurikulum
d. Memupuk dan menekankan pembinaan sahsiah serta disiplin terpuji
Semua yang tersebut dapat dicapai dengan kerjasama dan komitmen oleh semua warga sekolah serta masyarakat sekitar
COGAN KATA
Pelajaran Tangga Kejayaan
PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar,
Menyediakan pelajar-pelajar dengan ilmu pengetahuan yang lengkap berpandukan sukatan pelajaran,
Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta merangsang kreativiti dan budaya kerja berkualiti,
Memberi peluang latihan kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahran
sekurang-kurangnya sekali setahun
Menyediakan latihan dan kemudahan untuk meningkatkan kemahiran kepada komuniti sekolah